Tuesday, December 29, 2009

Ibadah Korban 1430 Hijrah


Abdullah Mujahid Bin Faizul Amri


TAHNIAH.... Dr. Faizul & Pn Mazitah atas kelahiran putra Abdullah Mujahid pengikat kasih sayang anda sekeluarga.

Tawaran Menyertai Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun 2010

Assalamu’alaikum wrt. wbh.

Aqiqah merupakan satu ibadah yang bertujuan untuk mendekatkan diri anak kepada Allah swt dari peringkat awal lagi. Ibadah aqiqah juga ialah sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari sebarang bahaya dan bencana sebagaimana Allah swt menebus Nabi Ismail dengan seekor Kibasy.

Disamping itu ia juga sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki. Ia juga dapat mengukuhkan lagi silaturrahim dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada ibadah aqiqah.

Menyedari kepentingan menunaikan ibadah aqiqah untuk setiap anak yang dilahirkan ini, maka pihak Mutiara Ladang Enterprise (MILD) mengambil inisiatif bagi memudahkan urusan ini dan sijil penyertaan turut menanti anda. Pihak MILD menyediakan pelbagai kaedah aqiqah seperti siap proses, siap masak, Pakej A-Z dan haiwan ternakan hidup. Pakej A-Z menyediakan pakej lengkap ibadah aqiqah dimana pihak MILD akan menguruskan ibadah ini hingga ke penganjuran majlis jamuan bersama di rumah-rumah anak-anak yatim dan rumah-rumah kebajikan terpilih.

Marilah kita sama-sama melaksanakan ibadah ini. Keikhlasan kita pasti menerima ganjaran dari Allah swt.

Selamat melaksanakan Ibadah Aqiqah.

Ibadah Aqiqah


Pengertian:

Menurut istilah Hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan ternakan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Hukum:

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah sunat muakkad yakni amalan yang dituntut perlaksanaannya. Sabda Nabi s.a.w:

“Rasullullah s.a.w telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussin dihari ke-7 (kelahiran mereka) dan diberikan nama keduanya, serta menyuruh dibersihkan kotoran dikepalanya (dicukur rambutnya)”

Waktu:

Waktu yang disunatkan melakukan aqiqah iaitu hari ke-7 usia anak dilahirkan. Amalan ini hanya bagi mereka yg mampu dari segi kewangan dan ruang masa serta ingin mendapatkan kelebihan mengamalkan sunnah nabi.

Mutiara Hadis


"Tiap-tiap anak itu tertebus( daripada kemudaratan dan kemungkaran ) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama “

(Sabda Nabi S.A.W)

Utk Keterangan Lanjut:

Sila hubungi:

Mutiara Ladang Enterprise JM-0511254-D

No. 47A, Kg Parit Tengah Sri Aman Rengit, 83100 Batu Pahat, Johor.

Tel: 012-6897734/017-7402373, Faks: 07-4213016

E-mel: mild_aqiqah@yahoo.com