Pengertian:
Menurut istilah Hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan ternakan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Hukum:
Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah sunat muakkad yakni amalan yang dituntut perlaksanaannya. Sabda Nabi s.a.w:
“Rasullullah s.a.w telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussin dihari ke-7 (kelahiran mereka) dan diberikan nama keduanya, serta menyuruh dibersihkan kotoran dikepalanya (dicukur rambutnya)”
Waktu:
Waktu yang disunatkan melakukan aqiqah iaitu hari ke-7 usia anak dilahirkan. Amalan ini hanya bagi mereka yg mampu dari segi kewangan dan ruang masa serta ingin mendapatkan kelebihan mengamalkan sunnah nabi.
No comments:
Post a Comment