Tuesday, December 29, 2009

Tawaran Menyertai Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun 2010

Assalamu’alaikum wrt. wbh.

Aqiqah merupakan satu ibadah yang bertujuan untuk mendekatkan diri anak kepada Allah swt dari peringkat awal lagi. Ibadah aqiqah juga ialah sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari sebarang bahaya dan bencana sebagaimana Allah swt menebus Nabi Ismail dengan seekor Kibasy.

Disamping itu ia juga sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki. Ia juga dapat mengukuhkan lagi silaturrahim dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada ibadah aqiqah.

Menyedari kepentingan menunaikan ibadah aqiqah untuk setiap anak yang dilahirkan ini, maka pihak Mutiara Ladang Enterprise (MILD) mengambil inisiatif bagi memudahkan urusan ini dan sijil penyertaan turut menanti anda. Pihak MILD menyediakan pelbagai kaedah aqiqah seperti siap proses, siap masak, Pakej A-Z dan haiwan ternakan hidup. Pakej A-Z menyediakan pakej lengkap ibadah aqiqah dimana pihak MILD akan menguruskan ibadah ini hingga ke penganjuran majlis jamuan bersama di rumah-rumah anak-anak yatim dan rumah-rumah kebajikan terpilih.

Marilah kita sama-sama melaksanakan ibadah ini. Keikhlasan kita pasti menerima ganjaran dari Allah swt.

Selamat melaksanakan Ibadah Aqiqah.

No comments:

Post a Comment